00:00Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yul, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada Jumaat selepas didapati bersalah berhubung penghantaran drone
00:09tentera ke Pyongyang.
00:11Tindakan berkenaan didakwa bertujuan mewujudkan alasan untuk pelaksanaan Undang-Undang Tentera yang gagal pada Desember 2024.
00:17Menurut agensi berita Yon Hap, Mahkamah Daerah Pusat Seoul mendapati Yoon bersalah atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan membantu musuh selepas
00:26memutuskan beliau terlibat dalam perancangan pencerobohan drone ke Korea Utara pada Oktober 2024 sejak awal lagi.
00:35Bagaimanapun, Yoon yang pernah berkhidmat sebagai pendakwa raya tertinggi Korea Selatan menafikan sebarang salah laku.
00:41Pasukan peguamnya berhujah bahawa beliau tidak pernah mengarahkan atau meluluskan operasi berkenaan selain menegaskan tindakan itu tidak mempunyai kaitan dengan
00:50pengisytiharan Undang-Undang Tentera.
00:53Krisis politik tercetus selepas Yoon mengisytiharkan Undang-Undang Tentera pada Desember 2024 sekaligus mencetuskan pergolakan politik paling serius dalam tempoh
01:02beberapa dekad di ekonomi keempat terbesar Asia itu.
01:05Keputusan terbaru itu menambah lagi siri penghakiman terhadap pemimpin konservatif yang digulingkan itu.
01:10Februari lalu, Mahkamah Korea Selatan turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Yoon selepas didapati bersalah mengetuai pemberontakan berkaitan cubaan
01:20melaksanakan Undang-Undang Tentera.
01:22Yoon kemudian disingkirkan daripada jawatan Presiden selepas keputusan pemecatan yang diluluskan oleh Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan dikekalkan sekaligus membawa kepada
01:31pilihan raya mengejut yang dibenangi Presiden Liberal Lee Jae-myung.
01:35Yoon yang kini berada dalam tahanan masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.
Comments