00:00Kredibiliti calon yang bertanding dijangka menjadi antara faktor paling penting dalam menentukan sokongan pengundi pada pilihan raya negeri PRN Johor
00:08dan Negeri Sembilan.
00:10Penganalisis politik Universiti Malaysia Terengganu UMT, Prof. Dr. Mohd Izzani Mohd Zain berkata,
00:16parti politik berdepan cabaran besar untuk menarik minat pengundi ketika sebahagian rakyat dilihat mengalami keletihan politik dan semakin kurang meletakkan
00:25harapan terhadap pilihan raya.
00:29Menurut beliau, walaupun kekuatan parti dan isu yang dibawa memainkan peranan penting, calon yang diketengahkan tetap menjadi penentu utama dalam
00:36mempengaruhi keikinan pengundi.
00:38Dan saya percaya, sekarang ini kita bercakap tentang teknologi, tentang AI dan sebagainya dan kempen-kempen pilihan raya juga banyak
00:48bergantung kepada penggunaan teknologi.
00:50Tetapi saya masih percaya bahawa kempen-kempen bersifat konvensional ataupun bersemuka, berkunjung ke rumah-rumah,
01:02cara lama ini juga masih penting kerana yang ingin calon-calon ini pikat adalah hati mereka.
01:09Kalau sekadar teknologi menggunakan AI dan sebagainya, itu mungkin satu maklumat tetapi untuk sampai ke hati mereka itu saya percaya
01:20kempen-kempen berbentuk konvensional masih lagi relevan dan diperlukan.
01:25Jadi, tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada teknologi kerana teknologi ini sebenarnya satu lambakan sekarang tetapi mungkin yang boleh menarik sokongan
01:40dan minat pengundi-pengundi ini untuk turun mengundi adalah bagaimana calon-calon itu boleh turun padang,
01:45boleh berjumpa dan menyampaikan mesej itu secara peribadi dan secara langsung, bukan menggunakan kaedah-kaedah media sosial semata-mata.
01:58Belum menambah, pengundi hari ini bukan sahaja mahu mendengar janji politik tetapi juga mahu melihat komitmen dan kesungguhan calon dalam
02:05memahami masalah yang didapi masyarakat setempat.
02:07Sehubungan itu, beliau percaya gabungan calon yang berkualiti, manifesto yang realistik serta pendekatan kempen yang dekat dengan rakyat mampu menjadi
02:15formula penting untuk menarik sokongan pengundi dan meningkatkan peratusan keluar mengundi pada PRN kali ini.
Comments