00:00Institusi atau organisasi yang ingin memohon kelulusan pengecualian cukai bagi penerimaan derma orang ramai diwajibkan mengemukakan permohonan secara dalam talian
00:09menerusi sistem e-derma bermula 15 Jun ini.
00:13Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN memaklumkan semua permohonan baru di bawah subseksyen 44-6 Akta Cukai Pendapatan 1967 ACP
00:24yang melibatkan institusi atau organisasi perlu dibuat secara mandatori melalui sistem berkenaan sebagai usaha memperluas penyampaian perkhidmatan digital dan meningkatkan
00:33kecekapan proses semakan serta kelulusan.
00:40Menurut LHDN, penggunaan sistem e-derma membolehkan permohonan dibuat secara dalam talian pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke
00:47pejabat LHDN atau mengukarkan dokumen secara fizikal.
00:52Bagaimanapun, bagi permohonan baru melibatkan tabung atau institusi, organisasi, tabung IoT yang melantik wakil atau ejen cukai, pengemukaan, borang manual
01:02beserta dokumen sokongan masih diperlukan buat masa ini.
01:05LHDN memaklumkan permohonan melalui sistem e-derma bagi kategori berkenaan akan diperluaskan pada fasa seterusnya.
01:13Selain permohonan baru, sistem itu turut menyediakan kemudahan dalam talian bagi urusan lanjutan tempoh kelulusan, pengemukaan dokumen seperti penyata kewangan
01:21beraudit dan borang semakan kendiri serta pindaan maklumat berkaitan IoT.
01:25Pengguna boleh mengakses perkhidmatan berkenaan melalui portal LHDN dan MyTex dengan merujuk manual pengguna sistem e-derma bagi memudahkan proses
01:35pengisian.
Comments