00:00Penyatuan Melayu-Islam tidak semestinya menggunakan nama Muafakat Nasional,
00:06kata Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh.
00:09Menurut beliau, apa yang penting ialah persefahaman, tujuan dan haletuju,
00:15bukan nama gabungan itu sendiri.
00:17Kenyataan itu dibuat susulan pendirian Presiden UMNO Zahid Hamidi
00:22yang menegaskan parti itu tidak akan menghidupkan semula Muafakat Nasional.
00:27Zahid turut menyatakan keputusan tersebut adalah muktamad
00:31walaupun spekulasi mengenai kerjasama dengan PAS kembali timbul
00:35terutama selepas parti itu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
00:40Untuk rekod, Muafakat Nasional ditubuhkan pada 2019
00:44namun berakhir selepas PAS bekerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional.
00:51Zaharul Alam Yai Syahir, FMT
Comments