Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kerajaan Pulau Pinang memberi tempoh terakhir kepada syarikat konsesi projek pemulihan tapak pelupusan sampah Jelutong dan tambakan laut Persiaran Karpal Singh untuk mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), sebelum keputusan kesinambungan projek dimuktamadkan.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan melanjutkan syarikat konsesi bagi projek pemulihan tapak pelupusan sampah jelutung dan tambahkan laut persiaran
00:09kapal sink sekiranya gagal mendapatkan kelulusan penilaian impak alam sekitar EIA.
00:16Ketua Menteri Chakon Yu berkata keputusan itu akan dibuat selepas tempoh lanjutan terakhir diberikan kepada syarikat terlibat.
00:25Beliau berkata Kerajaan Negeri akan memberi tempoh terakhir kepada syarikat konsesi untuk memenuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar bagi
00:34mendapatkan kelulusan IEA.
00:36Beliau menegaskan jika kelulusan itu masih gagal diperoleh dalam tempoh ditetapkan, projek tersebut tidak akan diteruskan di bawah syarikat berkenaan.
00:46Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Alam Sekitar menolak penilaian IEA bagi projek tersebut sekaligus menyebabkan pelaksanaannya terhenti.
00:56Chau berkata Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberikan lima kali lanjutan bagi membolehkan syarikat memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan.
01:05Menurutnya, terdapat beberapa syarat baru yang perlu dipenuhi dan mengambil masa untuk dilaksanakan, namun Kerajaan Negeri perlu membuat keputusan dalam
01:14tempoh terdekat.
01:15Beliau menegaskan kerja pemulihan tapak pelupusan sampah itu tetap perlu dilaksanakan dan Kerajaan Negeri akan meneliti pilihan lain sekiranya syarikat
01:25sedia ada gagal memenuhi syarat.
01:27Projek bernilai kira-kira RM1 bilion itu melibatkan pemulihan bekas tapak pelupusan sampah jelutung seluas 34 hektare serta cadangan penambakan
01:36kawasan laut, bambiran persiaran Karpalsing.
Comments

Recommended