Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar dilantik sebagai Lembaga Gabenor Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Transcript
00:00Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group MAG, Kapten Nasaruddin Abu Bakar dilantik sebagai lembaga gubernur Persatuan Pengangkutan
00:09Udara Antarabangsa IATA semasa mesyuarat agung tahunan yang ke-82 di Rio de Janeiro, Brazil.
00:15Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MAG memaklumkan Nasaruddin akan berkhidmat dalam tempoh tiga tahun sehingga 2029.
00:25Beliau akan menyertai barisan pemimpin industri global untuk menyediakan pengawasan strategik dan hala tujuh dasar buat IATA yang kini mewakili
00:33lebih 370 syarikat penerbangan serta menyumbang kira-kira 85% daripada trafik udara global.
00:40Berdasarkan kapasiti itu, beliau akan menyumbang dalam membimbing jawatan kuasa industri dan badan subsidiari persatuan itu mengenai isu-isu penting
00:47yang membentuk masa depan penerbangan global.
00:49Sambil mengucapkan tahniah kepada Nasaruddin atas pelantikan berkenaan, pengarah bukan eksekutif MAG dan Malaysia Airlines Berhad, Dato' Amirul Faisal Wan
00:58Zahir berkata,
01:00ia menjadi bukti kebakaran kepimpinan serta sumbangan berterusan Nasaruddin kepada industri penerbangan.
01:06Sementara itu, Nasaruddin berkata beliau tidak sawar untuk bekerjasama dengan ahli lembaga gubernur yang lain.
01:10Beliau akan memberikan sumbangan bermakna terhadap dialog strategik dan hal tujuh dasar yang akan memperkukuh daya tahan industri,
01:17memacu inovasi serta memajukan masa depan pengangkutan udara yang lebih mampan serta saling terhubung di seluruh dunia.
01:25Nasaruddin kini berkhidmat sebagai pengurusi jawatan kuasa eksekutif Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik AAPA
01:31dan merupakan ahli lembaga takbir urus One World.
Comments

Recommended