00:00Presiden China Xi Jinping berkata hubungan antara Beijing dan Korea Utara berada pada titik permulaan sejarah baru.
00:07Ketika itu dibuat ketika mana beliau berada di Pyongyang bagi berhadiri sidang kemuncak yang jarang-jarang diadakan bersama pemimpinnya Kim
00:14Jong-un.
00:16Jinping berkata dasar China yang tidak berbelah bagi adalah untuk terus membangunkan hubungan dengan Korea Utara
00:22dan kedua-dua negara akan memperkukuh pertukaran dalam semua bidang.
00:26Lawatan Jinping ke Pyongyang itu dilihat penting kerana ia merupakan perjalanan antarabangsa pertamanya tahun ini.
00:33Beliau dijangka mengadakan perbincangan dengan Jong-un sepanjang lawatan dua hari itu
00:37yang juga merupakan kunjungan pertamanya ke negara jiran tertutup itu dalam tempoh tujuh tahun.
00:43Ia juga dibuat ketika ekonomi Korea Utara semakin kukuh hasil peningkatan perdagangan
00:47dan hubungan ketenteraan dengan Rusia yang berpotensi meningkatkan keyakinan Jong-un dalam rundingan.
00:53Jinping turut berjanji untuk bekerjasama dengan Korea Utara dalam mempromosikan multilateralism yang adil dan teratur
01:00termasuk globalisasi ekonomi yang inklusif demi manfaat dunia dengan keamanan
01:05serta kestabilan serantau jangka panjang menjadi matlamat bersama kedua negara.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments