00:00Seni tidak seharusnya dilihat sebagai elemen bersifat sampingan atau sekadar estetika, sebaliknya berperanan sebagai modal penting dalam pembangunan ekonomi dan
00:10sosial negara.
00:11Pengarah KLCT Art Gallery, Maizun Omar berkata, pengiktirafan Kuala Lumpur dalam landscape bandar kreatif termasuk anugerah berkaitan reka bentuk di
00:19peringkat UNESCO menjadi petunjuk bahawa seni semakin mendapat tempat dalam pembangunan bandar.
00:26Menurutnya seni perlu dilihat sebagai satu bentuk modal pelaburan yang mampu menjana peluang pekerjaan, mengembangkan perniagaan kecil serta memperkukuh hubungan
00:35antara komuniti dan sektor korporat.
00:37Art ni ialah bukan sesuatu yang superficial tapi dia goes to quite fundamental in the economy.
00:48Satu kalau kita kaitkan juga dengan prinsip ataupun aspirasi kerajaan tentang kita panggil orange economy atau kreatif economy ini.
01:01So seni itu sebagai sesuatu yang dapat jika diserap sebagai dalam kehidupan kita, it makes KL a more livable city.
01:11Beliau turut menghargai sokongan kerajaan terhadap pembangunan ekonomi kreatif atau ekonomi jingga menerusi pelbagai inisiatif serta organisasi seperti cendana dalam
01:20memperkukuh industri kreatif tempatan.
01:23Mengulas mengenai KL Arts Festival, Maizun berkata festival yang memasuki tahun ke-4 penganjuran itu membawa konsep lebih intim dan
01:31dekat dengan masyarakat.
01:32Katanya festival berkenaan bukan sekadar acara pameran seni sebaliknya menjadi ruang untuk pengunjung terlibat secara langsung sebagai peserta.
01:39Kita, apa ini, KL Arts Festival ialah satu pesta seni, pesta seni yang membawa what we call festival of art,
01:54ideas, art culture and ideas.
01:57That's our icon. So dia berpusat kepada ini.
02:02Sesuatu yang saya nak terangkan ialah ini ialah boutique style ataupun small scale festival.
02:08Small scale festival as opposed to very large scale festival is very intimate, very, you can actually, you are not
02:16a visitor, you are a participant.
02:19Because we have a lot of discussion, talks and even program kerana kita memerlukan, participant itu berinteraksi.
02:26KL Arts Festival tahun ini menghimpunkan pelbagai penggiat seni tempatan dan antarabangsa merangkumi artis terkenal, pertengahan serta bakat baru.
02:35Selain seni visual, festival itu turut menampilkan persembahan budaya tradisional termasuk kuda kepang, seni budaya Johor Riau, tarian tradisional dan
02:44pembacaan puisi dari pelbagai bangsa dan negara sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan warisan budaya tempatan.
02:50KL Arts Festival tahun ini berlangsung dari 12 hingga 24 Jun di KL City Art Gallery, publika menghimpunkan pelbagai aktiviti
02:59seni, muzik, puisi, tarian budaya dan gastronomi menerusi dua hujung minggu penganjuran.
03:05Terima kasih telah menonton!
Comments