Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Perkembangan geopolitik terkini di Asia Barat menekankan kepentingan untuk industri OGSE bersedia menghadapi ketidaktentuan selain meletakkan syarikat tempatan dalam kedudukan kukuh untuk merebut peluang baharu apabila usaha pemulihan dan pembinaan semula bermula.
Transcript
00:00Malaysia Petroleum Resources Corporation, MPRC, perlu memainkan peranan kepimpinan yang lebih kukuh bagi membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan
00:09gas OGSE tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
00:13Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasser, langkah itu penting bagi memastikan industri lebih berdaya tahan dalam jangka panjang.
00:21Dalam satu kenyataan media, Akmal berkata krisis geopolitik di Asia Barat mengingatkan kita bahawa industri OGSE perlu bersedia menghadapi ketidaktentuan.
00:31Namun pada masa sama, apabila proses pemulihan dan pembangunan semula bermula, peluang baru akan muncul.
00:37Justru katanya syarikat OGSE Malaysia mesti bersedia bergerak awal, bersaing dengan yakin dan membawa nilai Malaysia ke luar negara.
00:46Menurut beliau, Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan kepada pasaran domestik dan meletakkan pemain OGSE tempatan pada kedudukan yang lebih baik untuk
00:55merebut peluang di Asia Barat dan pasaran pertumbuhan lain.
00:59Subungan itu, MPRC perlu menerajui usaha ini bagi industri OGSE, bukan sahaja dari segi penyelarasan tetapi juga pelaksanaan dan pemantauan
01:08kemajuan sebenar di lapangan.
01:11Beliau berkata demikian ketika mempenguruskan mesyuarat jawatan kuasa pemandu pelaksanaan, Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021 hingga 2030.
01:21Mesyuarat itu menilai kemajuan pelan berkenaan serta membincangkan usaha memperkukuh daya saing syarikat tempatan di peringkat global.
01:29Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan kekal sebagai rangka dasar utama untuk memperkukuh daya saing dan kehadiran industri Malaysia di pasaran
01:38antarabangsa.
01:38Sejak 2021, lebih RM77 juta perolehan berjaya dijana melalui projek yang dikomersialkan di bawah geran pembangunan OGSE.
01:48Geran itu kini diteruskan di bawah RMK13 dengan padanan sehingga RM250,000 bagi menyokong inovasi dan ekspor syarikat tempatan.
01:58Sehingga Mei 2026, lebih 600 syarikat OGSE telah menerima sokongan melibatkan pembangunan teknologi, pembiayaan dan akses pasaran selain menjana lebih
02:09RM2 bilion jualan ekspor.
Comments

Recommended