Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ukraine dan sekutu Eropah tetapkan lima syarat termasuk gencatan senjata serta jaminan keselamatan untuk tamatkan perang, sambil gesa penglibatan AS dalam rundingan damai berterusan.
Transcript
00:02Pemimpin Ukraine bersama sekutu kuat Eropahnya yang terdiri daripada United Kingdom, UK, Perancis dan Jerman menetapkan lima syarat utama bagi
00:11mencapai persetujuan yang adil dan berterusan untuk menamatkan perang dengan Rusia.
00:15Menerusi satu kenyataan bersama selepas mengadakan perbincangan di London, Presiden Ukraine Vladimir Zelensky, Perdana Menteri UK Sir Keastama, Presiden Perancis
00:25Emmanuel Macron dan Chancellor German Friedrich Meuse menegaskan bahawa mereka akan terus berdiri teguh di belakang Ukraine.
00:35Lima syarat yang digariskan itu merangkumi gencatan sejata serta-merta, memulakan rundingan berdasarkan kedudukan semasa di medan perang selain penyediaan
00:44jaminan keselamatan yang kukuh buat Ukraine.
00:46Para pemimpin terbabit turut mengulangi kepentingan penglibatan Amerika Syarikat dalam proses itu.
00:52Ia berlaku semasa fokus Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika ini dilihat mula beralih kepada konflik peperangan dengan Iran.
00:59Sebelum ini, pada Disember tahun lalu, Washington pernah mendesak Rusia dan Ukraine untuk menandatangani pelan penamatan perang dengan kadar yang
01:07segera.
01:08Sejak kebelakangan ini, kedua pihak yang bertelagah dikesan semakin memperhebatkan serangan antara satu sama lain.
01:15Rusia terus menggunakan peluru berpandu dan drone untuk menyerang bandar-bandar Ukraine.
01:20Pada Sabtu lalu, drone milik Ukraine dilaporkan berjaya menyerang bandar kedua terbesar Rusia iaitu St. Petersburg
01:27ketika wilayah itu sedang menganjurkan hari terakhir Forum Ekonomi Utama.
01:32Beberapa hari sebelum itu, Kiev turut menyerang pinggir bandar sama yang terletak kira-kira seribu kilometer dari Ukraine
01:38ketika forum berprestij anjuran Putin itu baru sahaja bermula.
01:43Tiga kuasa besar barat yang mengadakan pertemuan di Downing Street No. 10 di London pada Ahad
01:48merupakan kumpulan yang dikenali sebagai E3 dan mereka adalah antara sekutu terkuat Kiev.
01:54UK dan Perancis kini menerajui inisiatif gabungan negara yang bersedia
01:58untuk memberikan jaminan keselamatan kepada Ukraine
02:01sebagai sebahagian daripada sebarang proses damai pada masa hadapan.
Comments

Recommended