Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata bayi berkenaan dijumpai oleh seorang jemaah berusia 58 tahun, kira-kira 12 tengah hari ketika hendak menunaikan solat di surau itu sebelum bertindak membuat laporan polis dan menghubungi Hospital Sultan Ismail (HSI).
Transcript
00:00Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan ditinggalkan di dalam sebuah surau di Taman Daya, Johor Bahru pada Ahad dalam keadaan
00:07masih hidup dengan berbalut dengan tuala.
00:10Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Assistant Commissioner Raud Selamat berkata, bayi berkenaan ditemui seorang jemaah berusia 58 tahun pada
00:17jam 12 tengah hari.
00:21Jemaah itu kemudian bertindak membuat laporan polis dan menghubungi Hospital Sultan Ismail HSI.
00:26Dalam kenyataan Padi Isnin, Raud berkata, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati, bayi lelaki tersebut berada dalam keadaan baik, stabil
00:36dan tiada sebarang kecederaan.
00:39Siasatan awal mendapati bayi berkenaan ditinggalkan di dalam kawasan berdekatan dengan tabung surau oleh seorang lelaki, berumur lebih kurang 20
00:47-an dan usaha mengesan suspek, kini sedang giat dilakukan.
00:51Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya
01:01sekali.
01:02Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline IP di Johor Bahru Selatan melalui talian tertera.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended