00:00Ikatan Demokratik Malaysia Muda akan mengumumkan kerusi dan senarai nama calon bagi pilihan Raya Negeri Piharaan Johor ke-16 selepas
00:08pemukiman Biro Politik Parti di MUA pada 10 hingga 12 Jun ini.
00:13Presidennya, Amira Aisyah Abdul Aziz berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas dimuktamadkan Presiden dan jawatan kuasa pemilihan calon parti.
00:25Amira berkata, pihaknya telah menerima borang permohonan calon dan akan dinilai serta ditapis sebelum dimuktamadkan.
00:32Dan untuk pilihan raya yang akan datang juga saya yakin, jawatan kuasa pemilihan calon akan meneliti dengan baik supaya calon
00:39-calon yang akan datang juga membawa nilai dan juga prinsip yang sama.
00:43Kalau itu saya serahkan kepada jawatan kuasa pemilihan calon tetapi sudah tentu bagi kami di MUA kriteria paling utama bukan
00:51semata-mata hanya usia, warna kulit maupun hanya semata-mata untuk menutupkan yang supaya sebut.
00:58Mereka dapat membawa dasar dan polisi di dalam Dewan Negeri Johor.
01:02Mereka ada kapasiti untuk berkhidmat dengan baik dan mereka boleh memastikan politik dasar, politik nilai dan juga politik khidmat menjadi
01:10tunjang pelaksanaan kerja-kerja mereka di Johor itu.
01:14Beliau berkata demikian semasa sesi minum petang bersama pengamal media di Johor Bahru pada Isnin.
01:20Menurut Amira, keputusan sama ada bertanding solo atau sebaliknya turut diumumkan selepas pemukiman berkenaan.
01:27Muda juga akan kekal menggunakan logo parti itu pada PRN Johor kali ini.
01:33Amira memaklumkan pengasas parti muda Syed Sadik Syed Abdul Rahman akan turut bersama jentera parti sepanjang tempoh berkempen nanti.
Comments