00:00Wilayah Ekonomi Koridu Utara, NCER, mempergiat pembangunan ekonomi sempadan Malaysia-Thailand menerusi projek strategik bernilai tinggi bagi memanfaatkan peralihan rantaian
00:10bekalan global dan pasaran ASEAN.
00:13Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Muhammad Haris Qadir Sultan berkata, strategi pembangunan itu dipacu menerusi kerangka pelaburan baru yang memberi tumpuan
00:22kepada pelaburan berteknologi tinggi serta penciptaan pekerjaan bernilai tinggi.
00:29Menurut beliau, pendekatan itu menggabungkan sektor pembuatan, logistik rentas sepadan, inovasi dan tenaga boleh baharu bagi memperkukuh kedudukan wilayah utara
00:40sebagai hub pelaburan strategik ASEAN.
00:43NCIA kini menyepadukan pelabuhan darat Perlis dan Bukit Kayu Hitam Inland Clearance Deport dengan beberapa taman perindustrian termasuk kawasan perindustrian
00:52Lembah Cuping, Kedah Rabu City dan Taman Sains dan Teknologi Kedah.
00:57Dalam perkembangan berkaitan, kawasan perindustrian Lembah Cuping menerima pelaburan daripada pengeluar global iaitu Jabil, manakala Kedah Rabu City pula menyaksikan
01:07pelaburan sebanyak RM2.6 bilion oleh Prince Taya bagi pembangunan kilang tayar pintar dan mesra alam.
01:15Sementara itu, Taman Sains dan Teknologi Kedah di Bukit Kayu Hitam dijangka menarik pelaburan sebanyak RM12.9 bilion serta mewujudkan
01:25lebih 23,000 peluang pekerjaan menilai tinggi apabila beroperasi sepenuhnya kelak.
Comments